Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAWuhan Coronavirus : Thailand, Singapura dan Rusia sahkan penemuan kes baharu -...

Wuhan Coronavirus : Thailand, Singapura dan Rusia sahkan penemuan kes baharu – KKM

Thailand mencatat kes pertama jangkitan novel coronavirus 2019 dari manusia kepada manusia.

Sebelum ini, kes jangkitan dari manusia kepada manusia telah berlaku di Jepun, Vietnam, Jerman dan Amerika Syarikat.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataan ringkasnya di facebook, kes itu melibatkan seorang pemandu teksi yang disahkan positif sedangkan dia tidak pernah ke China dan dipercayai berjangkit dari seorang penumpang dari China.

Di Singapura, seorang wanita berumur 47 tahun menjadi rakyat pertama negara itu yang disahkan dijangkiti novel coronavirus 2019.

Wanita itu ke Wuhan untuk melancong bersama keluarga. Dia antara rakyat Singapura yang dibawa pulang oleh kerajaan pada 30 Jan.

Tiga lagi kes baru di Singapura menjadikan 16 kes.

Di Rusia pula menjadi negara terbaru yang dijangkiti virus itu. Dua kes disahkan positif dan kedua-duanya warga China. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments