‘Saya tak terlibat komplot jatuhkan Kerajaan Melaka’ – Rafiq Naizamohideen

0

Exco Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini menafikan secara terbuka penglibatannya dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri ketika ini.

Beliau yang juga Adun Paya Rumput menegaskan, pendiriannya menyokong kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga Pilihanraya Umum yang Ke-15 nanti.

Naib Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka itu berkata, fokusnya ketika ini adalah kepada usaha pemulihan kesihatan & ekonomi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Melaka ketika ini & saya tetap dengan pendirian untuk menyokong YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga Pilihanraya Umum yang Ke-15 nanti.

“Saya berpendapat, segala fokus ketika ini harus tertumpu kepada usaha pemulihan negara & Negeri Melaka terutama bagi pemulihan kesihatan & ekonomi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19”, jelasnya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Beliau berharap segala kemelut politik yang dicetuskan dapat dihentikan dengan segera demi kesejahteraan & kemakmuran rakyat Melaka.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply