Kampung Baru Karak terbakar

0

Beberapa rumah kedai di Kampung Baru Karak terbakar kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya empat unit kedai musnah dijilat api.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman memuat-naik gambar kebakaran di Twitternya malam ini.

“Kg Baru Karak masih terbakar sejak tadi. Dua lorong rumah sudah terbakar. Semoga tiada kemalangan jiwa,” katanya.

 

Lapor media, Jurucakap Bomba Bentong mengatakan anggota mereka masih cuba memadam kebakaran dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply