Pandemik Covid-19 telah membuka mata semua betapa pentingnya keperluan memperkasakan dan melabur dalam sektor kesihatan awam.
Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Twitter.
Pandemik Covid-19 telah membuka mata kita semua betapa pentingnya keperluan memperkasakan dan melabur dalam sektor kesihatan awam. pic.twitter.com/FH30XsbiV9
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 1, 2021
Katanya, Kadar kebolehjangkitan Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian pada hari ini (1 Oktober 2021) untuk seluruh negara adalah 0.90.
Pecahan mengikut negeri seperti berikut.


Dalam pada itu sebanyak 11,889 kes positif baharu Covid-19 direkod hari ini.
Ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat ini sebanyak 2,257,584 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Twitter memberitahu Sarawak masih lagi mencatatkan bilangan kes harian tertinggi sebanyak 2,413 kes.
Ia disusuli Selangor dengan 1,568 kes positif baharu dan Johor dengan 1,217 kes.
Sehingga 1 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,889 kes (2,257,584 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,568 (679,230)
Sarawak – 2,413 (212,037)
Sabah – 872 (198,845)
Johor – 1,217 (197,062)
WPKL – 289 (186,349)
Kedah – 710 (135,545)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 1, 2021
Perak (959); Sabah (872); Kelantan (858); Pahang (831); Pulau Pinang (779); Kedah (710); Terengganu (699); Melaka (378); Kuala Lumpur (289).

Manakala Negeri Sembilan (197); Perlis (81); Putrajaya (36).
Labuan dengan dua kes baharu.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply