Thursday, April 25, 2024
Home BERITA “Saya percaya mahkamah kita juga akan memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia dalam...

“Saya percaya mahkamah kita juga akan memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia dalam kes 1MDB” – Muhyiddin

0
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, percaya sistem keadilan di negara ini akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hal itu dinyatakan Tan Sri Muhyiddin sebagai respon kepada keputusan Mahkamah Amerika Syarikat yang mensabitkan kesalahan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, pada Jumaat.

“Saya percaya mahkamah di negara kita juga akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam prosiding. Perbicaraan kes ini mesti disegerakan agar keadilan segera dicapai,” katanya di Facebook.

Katanya Breon Peace, Peguam Daerah Timur New York, Amerika Syarikat, dalam kenyataannya semalam menyifatkan keputusan mahkamah tersebut sebagai suatu kejayaan kepada rakyat Malaysia.

Tambahnya perbicaraan kes Roger Ng telah mendedahkan bukti-bukti mengenai penyelewangan 1MDB yang melibatkan pegawai dan pemimpin utama kerajaan Malaysia pada ketika itu.

“Bagaimana tidak amanahnya mereka menyeleweng berbilion ringgit wang 1MDB yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelaburan strategik dan melaksanakan projek pembangunan ekonomi negara.

“Wang ini sebaliknya digunakan untuk memperkayakan diri sendiri dan kroni.

“Saya telah menentang perbuatan jenayah mereka sejak dari awal dan akan terus berjuang menghalang kumpulan kleptokrat ini daripada kembali berkuasa,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply