Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAPN jumpa PM bincang hal kepentingan rakyat, negara

PN jumpa PM bincang hal kepentingan rakyat, negara

Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bersama pimpinan parti-parti anggota Perikatan Nasional telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob malam tadi di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa.

Katanya perjumpaan itu bagi membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau.

“Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara,” katanya di Facebook.

Tambah beliau dalam pertemuan itu, Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Saya juga antara lain mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments