Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPM gesa semua pemimpin politik bersatu hati tanpa mengira parti, hayati nikmat...

PM gesa semua pemimpin politik bersatu hati tanpa mengira parti, hayati nikmat Ramadan

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menggesakan semua pemimpin politik bersatu hati tanpa mengira parti untuk sama-sama menghayati nikmat Ramadan sebagai satu Keluarga Malaysia.

“Bagi meraikan Ramadan yang mulia, elok benarlah kita bersatu hati tanpa mengira parti untuk sama-sama menghayati nikmat Ramadan sebagai satu Keluarga Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

“Berbuka puasa bersama-sama Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Ini termasuklah dengan kehadiran ramai ahli-ahli Parlimen dari pembangkang yang merentasi pelbagai parti,” katanya.

Seramai 28 orang anak-anak yatim Raudhatul Faeez juga turut serta berbuka puasa bersama Perdana Menteri malam ini.

“Terima kasih kepada semua yang hadir.. rapatkan ukhuwah kita sebagai satu Keluarga Malaysia yang besar dan harmoni ????????,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments