Sunday, September 8, 2024
HomeBERITAVIRALSanggup berbelanja sehingga RM30,000 demi menjiwai watak ‘anime’ Cosplay

Sanggup berbelanja sehingga RM30,000 demi menjiwai watak ‘anime’ Cosplay

Memiliki minat dan bakat terpendam dalam bidang solekan kini Shafieqa Mohd Asri meneruskan hobinya itu dengan menjiwai watak anime kegemarannya.

Wanita kelahiran Pengkalan Chepa ini memilih watak daripada animasi Jepun atau anime popular kanak-kanak bagi mengekpresikan karya seninya menerusi dandanan mekap.

Malah bagi menjiwai lagi karya seninya itu, ibu kepada dua orang anak ini juga akan berhias dan mengayakan pakaian “cosplay” mengikut watak yang dipilih.

Cosplay atau costume adalah pakaian yang akan digunakan bagi menyerupai sesuatu watak tersebut.

 

Menurut Syafieqa, kebanyakkan pakaian dan aksesori watak animasi berkenaan dibeli dari negara China, Thailand dan Korea.

Tambahnya lagi, anggaran kos bagi pakaian, aksesori, alatan mekap, dan koleksi rambut palsu yang dibelinya setakat ini telah mencecah lebih daripada RM30,000.

Dahulu, wanita persis wajah “Barbie Doll” ini memulakan bakat seninya melalui tutorial mekap untuk pengantin dan bollywood di laman sosial sejak 2016.

Kini dia meneruskan hobi barunya dengan dandanan tema watak animasi seperti Barbie Doll, Mumia, Vampire, Naagin serta banyak lagi.

Setiap karya bertemakan anime itu akan dikongsi bersama para pengikut di laman Instagramnya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments