Monday, October 21, 2024
HomeBERITASalahuddin Ayub meninggal dunia

Salahuddin Ayub meninggal dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) malam ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal, meninggal dunia pada jam 9.23 malam, ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi HSB.

“Dengan penuh dukacita dan pilu, adalah dimaklumkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 23 Julai 2023 jam 9.23 malam,” menurut setiausaha akhbarnya Syakirin Husnal dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Katanya, jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibu Allahyarham di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.

Tambah Syakini, pihak Pejabat Menteri KPDN akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

“Sehubungan dengan itu, pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini. Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah,” katanya.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments