Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITADewan Pemuda Pas Pulau Pinang tolak Dr Dominic Lau tanding DUN Tasek...

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang tolak Dr Dominic Lau tanding DUN Tasek Gelugor

Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor (DPPKTG) hari ini dengan sekerasnya meminta Pengerusi Parti Gerakan Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk berundur dan tidak berangan-angan untuk bertanding kerusi Melayu di Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Negeri, PRN Pulau Pinang, 12 Ogos ini.

Amaran itu dilontarkan Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar dalam satu kenyataan di Facebook rasmi  Pemuda Pas Pulau Pinang.

Katanya jika Dominic masih berkeras untuk bertanding di kerusi Melayu, Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor bersama dengan seluruh jentera akan menggerakkan perarakan besar-besaran calon bebas.

“Pemuda PAS Tasek Gelugor memberi amaran keras kepada Saudara Dominic Lau Hoe Chai sekiranya masih berkeras untuk bertanding di kerusi Melayu, kami Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor bersama dengan seluruh jentera akan menggerakkan perarakan besar-besaran calon BEBAS di Telok Ayer Tawar dan Permatang Berangan pada penamaan calon 29 Julai nanti,” katanya.

Tambahnya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor bersama dengan pengundi di Permatang Berangan dan Telok Air Tawar akan memastikan kekalahan kepada calon gerakan di Telok Air Tawar dan calon Bersatu di Permatang Berangan.

“Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor bersama dengan pengundi di Permatang Berangan dan Telok Air Tawar akan memastikan kekalahan kepada calon gerakan di Telok Air Tawar dan calon Bersatu di Permatang Berangan jika tuntutan ini tidak dipenuhi.

“Jangan sesekali bermain dengan api nanti api itu sendiri akan memakan diri. Jangan cabar kesabaran Pemuda PAS,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments