Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITASaksi kes amang seksual PU Azman beri keterangan secara tertutup

Saksi kes amang seksual PU Azman beri keterangan secara tertutup

Di Seremban perbicaraan kes amang seksual fizikal membabitkan penceramah bebas, Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen, hari ini, dijalankan secara tertutup.

Prosiding hari ini memanggil semula saksi ke-11, iaitu mangsa, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sebelum Hakim Datin Surita Budin meminta individu yang tidak berkenaan supaya keluar dari kamar.

Terdahulu Azman Syah atau lebih dikenali sebagai PU Azman tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban, kira-kira 9 pagi diiringi tiga peguamnya.

Prosiding bermula kira-kira 10 pagi dan berlangsung selama lebih dua jam berakhir 12.50 tengah hari sebelum Azman Syah dan peguamnya Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir keluar dari dewan perbicaraan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung, Zahida Zakaria, Mohd Hadi Hakimi Harun.

Perbicaraan ditangguhkan dan akan bersambung pada 22 April 2024 dengan menampilkan tiga lagi saksi termasuk dua mangsa.

Pada 12 Oktober 2022 , PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments