Saturday, May 25, 2024
HomeBERITASakit sejak dilahirkan, anak Ali Puteh meninggal dunia

Sakit sejak dilahirkan, anak Ali Puteh meninggal dunia

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian anak perempuan Ali dari kumpulan Puteh yang disahkan menghidap penyakit injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Berita berkenaan diberitahu oleh Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan di ruangan Instagramnya.

“Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini..tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar…” tulis Ali bersama foto anaknya.

Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah disahkan menghidap penyakit berkenaan setelah beberapa hari dilahirkan.

Menurut perkongsiannya, anaknya meninggal dunia pada jam 11.30 pagi di Hospital Serdang.

Kami dari team The Malaya Post mengucapkan salam takziah kepada Ali sekeluarga. Semoga Ali dan isteri bertabah hati dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments