Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAAyda Jebat sanggup potong rambut demi menjayakan watak drama terbaru

Ayda Jebat sanggup potong rambut demi menjayakan watak drama terbaru

Rambut merupakan aset penting bagi kaum wanita. Namun bagi seorang yang bergelar anak seni, banyak pengorbanan yang harus dilakukan demi memenuhi tuntutan kerja.

Seperti entri terbaru di laman Instagram pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang sanggup memotong rambutnya persis seorang lelaki menjayakan watak sebagai ‘tomboy’ bagi drama Bukan Cinta Biasa.

“Call me Jo. Johana. Dan Jodoh awak. Just cut my hair. Gadis-gadis cair tak? Drop your phone number. ????” celoteh Ayda bersama foto penampilan terbarunya.

Penampilan terbaru Ayda ini kelihatan sungguh berbeza dengan penampilan yang sering ditampilkan olehnya sebelum ini.

Malah rakan-rakan artis sempat mengusik Ayda dengan penampilan barunya ini.

“Kenapa i rasa u mcm boleh jadi adik kepada kak jozlynn” seloroh pelakon Sara Ali.

Rakan-rakan artis dan para peminatnya nyata memberi respon positif dan menyukai fesyen rambut serta penampilan Ayda Jebat.

Sebelum ini, terdapat beberapa artis yang sering membawa imej berambut pendek antaranya Jozlynn, Janna Nick, Fify Aziz, Misha Omar dan ramai lagi.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments