Jenama kasut Nike Air Force 1 kini berwajah baru menerusi hasil sentuhan idea kreatif dari raja K-pop dari salah seorang ahli kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon.
Nike Air Force 1 Para Noise x G-Dragon PEACE MINUS ONE merupakan kolaborasi fesyen kasut pertama yang baru sahaja dilancarkan secara global baru-baru ini.

Koleksi terbaru ini telah mengeluarkan dua warna klasik iaitu warna hitam putih dan hitam merah.

Rekaan unik oleh rapper ahli kumpulan Korea, Big Bang ini sememangnya merupakan edisi terhad di pasaran.

Sewaktu hari pelancaran kasut Nike AF1 ini dilakukan, ianya mendapat sambutan yang hebat dari para pelanggan.

Malah, dilaporkan kasut berkenaan telah kehabisan stok di Amerika Syarikat dalam beberapa minit selepas pelancaran dilakukan.
Transformasi Nike Air Force 1 Para Noise x G-Dragon PEACE MINUS ONE dijual pada harga
200 USD (RM836.08).

Leave a Reply