Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAMohon doa semua, Zulin Aziz akan jalani pembedahan membuang batu karang

Mohon doa semua, Zulin Aziz akan jalani pembedahan membuang batu karang

Zulin Aziz meluahkan rasa sedih kerana hari kelahirannya yang ke 30 tahun pada tahun ini terpaksa disambut di hospital.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, dia memberitahu kerana masalah kesihatan, pelakon dan pengacara TV ini akan menjalani satu pembedahan pada hari ini.

Menerusi entri berkenaan Farah Azleenda Abdul Aziz atau dikenali Zulin bakal menjalani pembedahan membuang batu karang.

Foto memakai pakaian hospital yang dimuat naik, Zulin meminta para pengikutnya untuk mendoakan urusan pembedahannya hari ini dipermudahkan.

Bekas penyampai radio Suria FM ini turut mendapat sokongan positif dan kata-kata semangat dari ahli keluarga tersayang.

Begitu juga sahabat handai dan para pengikut di laman Instagramnya, turut mendoakan agar dia kembali sihat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments