Russia mahu juruterbang baiki pesawat sendiri

0

MOSCOW, 18 September – Juruterbang syarikat-syarikat penerbangan Russia diarah untuk melakukan penyelenggaraan ke atas pesawat mereka sendiri.

Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Russia, Oleg Bocharov mengeluarkan kenyataan itu awal bulan lalu semasa Forum Ekonomi Timur di bandar pelabuhan Vladivostok.

“Mereka mesti menjadi juruterbang dan juruteknik pada masa yang sama. Peralatan harus disediakan supaya juruterbang dapat melakukan kerja penyelenggaraan dan kemungkinan pembaikan pesawat di lapangan.

“Kita sedang bercakap tentang juruterbang terutamanya melibatkan penerbangan serantau, yang mana sistem asas baharu untuk mengekalkan kelayakan udara baharu untuk pesawat domestik perlu diwujudkan,” kata Bocharov.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply