Friday, October 18, 2024
HomeBERITABenzema belum pasti sertai di El Derbi

Benzema belum pasti sertai di El Derbi

MADRID – Menjelang aksi La Liga menentang Atletico Madrid di Wanda Metropolitano awal pagi esok.

Jurulatih Real Mad­rid, Carlo Ancelotti belum pasti sama ada penyerang berbisa, Karim Benzema akan diturunkan ataupun tidak.

Bagaimanapun, beliau tetap mengharapkan pemain antarabangsa Perancis itu cergas sepenuhnya bagi meneruskan rentak kemenangan, sekali gus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu liga.

Benzema dilaporkan semakin pulih daripada kecederaan otot yang dialami dan bekas pemain Olympique Lyon itu dikatakan tidak mahu terlepas pertemuan El Derbi itu.

“Kami masih pantau keadaan Benzema ketika ini sama ada dia boleh mengikuti latihan bersama pasukan ataupun tidak. Saya tahu dia mahu bermain, tetapi kami tidak boleh ambil risiko.

“Sekiranya dia kembali menjalani latihan sekalipun, itu bukan jaminan untuk dia diturunkan. Saya akan buat penilaian terlebih dahulu, jika dia berlatih dengan baik, maka dia akan ber­aksi.

“Saya tidak minta pemain-pemain untuk tampilkan aksi yang hebat dan rumit. Apa yang penting adalah saya mahukan permainan ringkas dan dapatkan tiga mata,” ujar bekas pengurus Chelsea itu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments