Sunday, May 19, 2024
HomeBERITALebih 300,000 mohon Peranti Siswa Keluarga Malaysia

Lebih 300,000 mohon Peranti Siswa Keluarga Malaysia

KOTA BHARU, 18 September – Lebih 300,000 permohonan tablet diterima di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi fasa satu dan dua sehingga Sabtu.

Yang pasti jumlah permohonan yang diterima itu adalah satu angka yang besar namun K-KOMM memberi jaminan akan memproses kesemua permohonan kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, kementerian turut menjangkakan agihan peranti bagi kedua-dua fasa itu dapat diselesaikan sepenuhnya pada November ini.

“K-KOMM mengaturkan program di seluruh negeri secara berperingkat untuk agihan peranti fasa satu pada September dan Oktober bagi menyampaikan peranti pemohon fasa dua, semua agihan dijangka selesai menjelang November.

“Permohonan lebih 300,000 itu mengakibatkan urus setia menghadapi sedikit masalah dan perlahan dalam memproses permohonan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, kementerian mendapati ada pemohon bukan kalangan B40 dan perlu membuat semakan pusingan kedua bagi memastikan penerima peranti memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Kami tidak tolak permohonan tetapi mendapatkan bantuan daripada persatuan pelajar, pentadbir sekolah dan universiti untuk mendapatkan rekod data terkini bagi memastikan kelayakan pemohon.

“Data sedia ada kadangkala tidak semestinya tepat kerana kemungkinan ada pemohon misalnya ibu bapa bercerai dan rekod asal bukan B40 atau hilang pekerjaan semasa Covid-19 juga kita pertimbangkan,” katanya.

Tambah beliau, PerantiSiswa Keluarga Malaysia memilih jenama bereputasi tinggi dan spesifikasi terkini dalam pasaran dengan waranti dua tahun.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments