Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITARundingan media-gergasi teknologi: Kerajaan sedia jadi pemudah cara

Rundingan media-gergasi teknologi: Kerajaan sedia jadi pemudah cara

Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia menjadi pemudah cara bagi membantu perundingan organisasi media tempatan dalam mendapatkan pampasan atau bayaran adil daripada syarikat gergasi teknologi.

Lapor Bernama, Menterinya KKD, Fahmi Fadzil berkata, sekiranya perlu, sebuah kerangka perundangan boleh diperkenalkan bagi melicinkan perundingan tersebut.

Beliau berkata, industri media Malaysia tidak sepatutnya berpeluk tubuh dalam menghadapi pasaran perbelanjaan iklan (ADEX) digital yang dikuasai gergasi teknologi.

“Mereka (media Malaysia) tidak boleh lagi membekalkan maklumat dari berita secara percuma kepada gergasi teknologi. Satu usaha bersepadu dan perancangan strategik perlu dilakukan segera bagi mengatasinya.

“Adalah tidak adil bagi syarikat-syarikat teknologi besar menggunakan kekuatan mereka memperdagangkan kandungan tempatan untuk keuntungan sendiri sahaja dengan percuma dan menjualnya kepada pengiklan, sedangkan untuk menghasilkan kerja kewartawanan bermutu tinggi memerlukan modal besar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan sempena Majlis Penutup Forum Media Nasional 2023 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Mastura Ahmad di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya.

Fahmi berkata, bantuan yang diberi oleh kerajaan menerusi kerangka perundangan atau sebaliknya untuk tujuan itu mempunyai prasyarat iaitu industri berita dan kewartawanan perlu menunjukkan kesatuan atau solidariti yang tinggi.

Katanya, jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Persatuan Penerbit-Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA) baru-baru ini untuk tujuan perundingan berkenaan sememangnya langkah yang baik, namun hanya mewakili media arus perdana yang besar.

“Bagi memastikan media-media kecil dan sederhana tidak disisihkan dalam perundingan dengan Google dan Facebook, mereka juga perlu dilibatkan.

“Kalau tidak, syarikat gergasi teknologi akan melakukan pecah dan perintah, menjadikan usaha untuk mendapatkan pampasan dan bayaran yang adil untuk keseluruhan industri menjadi tidak berkesan,” katanya.

Media melaporkan dianggarkan Media Prima, Astro, Star, MCIL dan RTM membelanjakan sehingga RM278.1 juta setahun bagi menghasilkan kandungannya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

“Tentulah tidak masuk akal apabila penerbitan atau penyiaran kandungan tersebut diceduk secara percuma oleh syarikat gergasi teknologi dan membuat untung daripadanya.

“Tetapi bantuan yang boleh diberi oleh kerajaan ini melalui sebuah kerangka perundangan atau sebaliknya ada prasyaratnya. Industri berita dan kewartawanan perlu menunjukkan kesatuan atau solidariti yang tinggi,” katanya.

Fahmi berkata, pasukan petugas yang telah dibentuk oleh Malaysian Newspaper Publishers Association (MNPA) sebelum ini adalah baik, namun hanya mewakili media arus perdana yang besar saja.

“Bagi memastikan media-media kecil dan sederhana tidak disisihkan dalam perundingan dengan Google dan Facebook, mereka juga perlu dilibatkan.

“Kalau tidak nanti, syarikat raksasa teknologi akan melakukan pecah dan perintah, menjadikan usaha untuk mendapatkan pampasan dan bayaran yang adil untuk keseluruhan industri menjadi tidak berkesan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya mengikuti secara dekat perkembangan di Australia dan Kanada yang memperkenalkan undang-undang khusus melindungi kandungan media yang digunakan pelbagai platform media sosial syarikat gergasi teknologi dengan mewajibkan pihak terbabit mengadakan rundingan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments