Friday, June 14, 2024
HomeBERITAKempen PRN: ABIM seru pemimpin politik jaga adab, hati-hati dengan isu 3R

Kempen PRN: ABIM seru pemimpin politik jaga adab, hati-hati dengan isu 3R

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata bahawa tindakan serta-merta harus dilakukan terhadap mana-mana pemimpin yang cuba memanipulasi isu 3R iaitu Bangsa (Race), Agama (Religion) dan Raja-raja (Royalty) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung di enam negeri pada 13 Ogos depan.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini kerana kesan terhadap manipulasi isu 3R itu sangat besar kerana ia akan mudah mencetuskan keretakan dalam masyarakat.

“Sudah sampai masa ahli politik serta penggeraknya didisplinkan untuk fokus berkempen atas dasar dan perancangan yang meningkatkan kualiti hidup rakyat kini dan generasi mendatang.

Dalam konteks seorang Muslim, Islam tidak boleh sama sekali digunakan untuk menjustifikasikan fitnah, politik kebencian, serta pembunuhan dan perlecehan karakter,” katanya dalam kenyataan di sini.

Faizal berkata, ABIM berpendirian bahawa mana-mana pemimpin politik harus menjaga adab, tatasusila, sensitiviti masyarakat serta bertanggungjawab mempertahan nilai perpaduan dan keharmonian negara.

“ABIM ingin merujuk kepada titah Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Ke-15 pada Disember lepas bahawa tindakan tegas lagi segera wajib diambil untuk menghentikan aktiviti mana-mana pihak sama ada secara ucapan atau perbuatan yang meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat dengan mengeksploitasi isu-isu agama dan kaum,” tambahnya.

Katanya, ABIM dukacita apabila terdapat sesetengah pemimpin politik yang ghairah berkempen tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat terutama menyentuh isu 3R.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments