Friday, May 24, 2024
HomeBERITARuam merah pada jari tangan dan kaki gejala baru jangkitan COVID-19

Ruam merah pada jari tangan dan kaki gejala baru jangkitan COVID-19

Ruam merah pada kulit terutama bahagian jari kemungkinan ia merupakan gejala baru bagi jangkitan COVID-19.

Merujuk laporan oleh pakar kulit di seluruh negara bahawa ruang merah di jari tangan dan kaki adalah petanda gejala bagi individu yang tidak mempunyai gejala sesak nafas.

Perkongsian dari Facebook Public Health Malaysia (PHM) turut menyatakan sehingga kini individu yang diperhatikan memiliki gejala ini adalah di kalangan golongan muda dan kanak kanak.

Menurut pakar, ruam merah ini akan bertukar warna keunguan selepas beberapa hari dan mungkin akan memberikan kesan panas kepada sesetengah individu serta ia akan pulih selepas beberapa minggu tanpa sebarang rawatan.

Walaubagaimanapun gejala ini masih belum dapat dipastikan sama ada ia boleh menjangkiti orang lain atau boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

Namun menurut pakar juga individu yang mengalami ruam aneh sebegini belum tentu seseorang individu itu dijangkiti COVID-19, ini kerana lebih banyak bukti dan kajian diperlukan mengenai kesahihan perkara ini.

Justeru, penting untuk kita semua agar sentiasa mengamalkan langkah pencengahan dan kebersihan diri bagi mengelakkan risiko terhadap kesihatan.

Adakah ruam di jari merupakan gejala baru covid 19?Ruam merah di jari tangan dan kaki MUNGKIN petanda di kulit yang…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Kamis, 30 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments