Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAPKPB ditarik semula jika rakyat Terengganu tidak patuh SOP

PKPB ditarik semula jika rakyat Terengganu tidak patuh SOP

Sejajar perutusan khas dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu, kerajaan Terengganu turut bersetuju laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata inisiatif ini diambil sebagai langkah bagi mengimbangi sumber pendapatan ekonomi rakyat serta negeri.

Namun tidak mustahil juga pelaksanaan PKPB akan ditarik semula atau diperketatkan lagi sekiranya pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari rakyat lemah serta memberi kesan risiko ke atas status kesihatan.

“Kerajaan Negeri tetap memandang serius akan pelaksanaannya dan terus komited dengan apa sahaja langkah pencegahan terutama pematuhan yang ketat SOP yang akan dinilai dari semasa ke semasa.

“Semua pihak juga perlu memainkan peranan terutamanya agensi dan jabatan kerajaan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan setiap keluarga untuk melaksanakan kawalan sendiri dan pematuhan SOP adalah sangat diperlukan.

“Terus tingkatkan munajat kepada Allah SWT agar wabak pandemik ini segera dipulihkan dan kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Kenyataan MediaMenteri Besar Terengganu Darul ImanCOVID-19 : Terengganu Laksana PKPB, Tarik Semula Jika Pematuhan SOP…

Dikirim oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Minggu, 03 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments