Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAPKP hanya dilonggarkan, terserah pada disiplin dan kepatuhan orang ramai

PKP hanya dilonggarkan, terserah pada disiplin dan kepatuhan orang ramai

Selepas 47 hari rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi membendung penularan COVID-19, hari ini merupakan hari pertama PKP dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antara sektor yang diberikan kelonggaran adalah premis perniagaan seperti pusat membeli belah, restoran serta kedai makan yang dibenarkan beroperasi serta empat orang berada dalam satu kenderaan juga dibenarkan pihak berwajib.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata kelonggaran ini tidak bermakna kerajaan telah menamatkan arahan PKP yang telah dilaksanakan sebelum ini bahkan ianya hanya dilonggarkan sehingga tamat PKP fasa keempat yang dijangka 12 Mei depan.

“Sekarang terserah kepada displin orang ramai dan kepatuhan mereka terhadap SOP bagi membantu melandaikan lekuk COVID-19 seterusnya menjadikan kes positif sifar.

“Dalam keghairahan meraikan ‘kebebasan’ ini perlu diingat juga kes positif baharu COVID-19 kembali mencecah angka tiga digit dua hari berturut-turut selepas 16 hari negara berjaya merekodkan angka dua digit.

“Semalam sebanyak 122 kes positif direkodkan dan ini menunjukkan kes meningkat dari hari sebelumnya iaitu sebanyak 105 kes,” ujar beliau.

KITA BELUM MERDEKA KITA BELUM RAYAMulai hari ini 4 Mei 2020, Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dikuatkuasakan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 03 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments