Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAPeguam Rosmah Mansor sahkan rayuan sabitan dan hukuman penjara serta denda telah...

Peguam Rosmah Mansor sahkan rayuan sabitan dan hukuman penjara serta denda telah difailkan

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, telah memfailkan rayuan pada Jumaat, (3 September 2022) terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi semalam, yang mendapatinya bersalah di atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Perkara itu disahkan Peguam Datin Seri Rosmah, Azrul Zulkifli Stork dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Malaya Post.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah dipenjara selama 10 tahun dan didenda RM970 juta serta penjara 30 tahun lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini yang melakukan penilaian maksimum terhadap kes itu, mendapati Rosmah gagal untuk menyangkal anggapan rasuah mengikut Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata pembelaan Rosmah adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas bagi menimbulkan keraguan yang munasabah.

Rosmah didakwa meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd iaitu Saidi Abang Samsudin.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments