Saturday, May 25, 2024
HomeBERITADewan Ulama PAS Pusat lulus usul penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional, tolak...

Dewan Ulama PAS Pusat lulus usul penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional, tolak PH

YAN, 2 Sept – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara menerima usul penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) dan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Lapor Berita Harian Usul berkenaan dibentangkan pewakilan Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Saripudin Tuan Ismail tanpa dibahas pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-61, siang tadi.

Usul berkenaan kemudian disokong oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dan majoriti perwakilan yang hadir.

Ia akan dibawa dan dibahaskan di Muktamar PAS Pusat yang berlangsung selama dua hari, esok.

Tuan Saripudin berkata, untuk menyatukan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu-Islam, PAS perlu memainkan peranan secara proaktif di bawah agenda penyatuan ummah.

“Strategi satu lawan satu hendaklah dilaksanakan bagi mengelak pertembungan sesama sendiri antara parti politik teras Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu-Islam supaya tidak berlaku perpecahan yang hanya akan menguntungkan PH, seterusnya mengukuhkan jumlah kerusi Muslim,” katanya.

Terdahulu, Ketua Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya dalam ucaptamanya menegaskan PAS perlu memperkasakan MN sebagai tanda aras dalam menghadapi PRU-15.

Katanya, dalam konteks PAS dan UMNO sayap parti itu harus tampil mengharmonikan dua pihak yang bertelagah, mengikat semula tali kesatuan ummah serta menyatakan tekad politik yang tinggi untuk menangani perpecahan mazhab.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments