Sunday, July 14, 2024
HomeBERITA'UMNO gerak solo, tak perlu sedu sedan PAS mandi dalam beberapa kolam'...

‘UMNO gerak solo, tak perlu sedu sedan PAS mandi dalam beberapa kolam’ – Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Umno membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS.

Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hasrat bekerjasama yang disampaikan PAS hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional (MN).

“Apa yang saya lihat, kerjasama yang PAS sampaikan hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional yang sebenar. Hanya dengan kembali kepada kerjasama asal, barulah keikhlasan PAS dapat dilihat.

“Kini UMNO perlu bergerak ke depan, Parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri. Tak perlu sedu sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam.

“Inilah realiti politik yang perlu kita hadapi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan Dato’ Seri Ahmad Zahid dipercayai merujuk kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Umno tidak akan berada dalam kerajaan tanpa pengorbanan Bersatu yang keluar Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Dato’ Seri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kerjasama Umno dengan PAS seharusnya menjadi entiti terbaik bagi memimpin jalan kehadapan.

Katanya, kerana dua parti itu mempunyai kekuatan berdasarkan jumlah undi yang diperolehi dua parti dominan itu dalam PRU ke-14 lalu.

“Mengapa? kerana di dalam PRU ke-14 yang lalu, jumlah undi kepada BN yang dipimpin Umno dan PAS boleh mencecah hampir 50 peratus undi yang mengatasi undi Pakatan Harapan (PH).

“Rakyat pula tidak yakin dengan janji melangit yang ditawarkan PH dan barisan kepimpinannya.

“Semangat MN tidak sekadar dimanifestasikan sebagai kerjasama politik, tetapi terjemahan besarnya adalah dalam satu bentuk wadah nasional yang lebih subur dan murni yang dipasakkan kepada sejarah dan watak Malaysia, rukun negara dan keluhuran perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, Tuan Ibrahim berkata apa juga muafakat politik yang ingin diadakan selepas ini, ia tidak boleh mengenepikan sahabat yang telah banyak berjasa sehingga meletakkan parti itu dalam kerajaan.

Katanya, Umno sewajarnya menghargai mereka yang telah meninggalkan PH bagi membolehkan kerajaan gabungan ketika ini dibentuk.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments