[TMP TV] Agong zahir ucapan terima kasih kepada Najib Razak, Kerajaan Negeri

0

Maran, 2 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan Kerajaan Persekutuan ketika itu kerana meluluskan peruntukkan sebanyak RM9.5 juta bagi pembinaan Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran.

Seri Paduka Baginda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pahang dan semua yang terlibat bermula dari perancangan awal sehingga masjid ini megah berdiri pada hari ini sebagai mercu tanda yang ikonik di Jengka.

Baginda bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran, Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Sultan Pahang, hari ini.

Sumber Foto FB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Seri Paduka bertitah masjid seharusnya dijadikan sebuah institusi yang menerajui kebaikan, pusat kegiatan umat Islam, malah sebagai lilin yang menyinari masyarakat setempat.

“Saya ingin berpesan kepada pengurusan masjid di seluruh negeri Pahang yang dicintai ini, pengurusan masjid merupakan pemegang amanah rumah Allah. Justeru, laksanakan tanggungjawab dalam mengurus rumah Allah ini dengan penuh keikhlasan, jujur dan amanah.

“Saya memang tidak membenarkan mana-mana pihak berpolitik dalam rumah Allah, jadilah ini sebagai satu ingatan kepada kita semua, dan saya harap tidak ada yang mempertikaikan arahan ini, ia untuk kesejahteraan dan kebaikan bersama kita umat Islam dan Orang Melayu.

“Kalau nak berpolitik pun luar masjid sahaja, bukan dalam masjid, jadilah ini ingatan kepada kita semua dan khususnya pengurusan masjid, saya harap pengurusan masjid bertanggungjawab dalam hal ini. Jangan politikan apa yang saya kata ini, ia tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan rumah Allah ini, jangan kata saya tak mengingatkan…kita semua mengingati sesama sendiri,” titah baginda.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja Pahang serta barisan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Lapor Bernama pada majlis berkenaan, Seri Paduka yang juga Sultan Pahang berkenaan merasmikan dan memasyurkan masjid berkenaan dengan nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum menandatangani papan tanda perasmian masjid itu.

“Kalau nak berpolitik pun luar masjid sahaja, bukan dalam masjid, jadilah ini ingatan kepada kita semua dan khususnya pengurusan masjid, saya harap pengurusan masjid bertanggungjawab dalam hal ini. Jangan politikan apa yang saya kata ini, ia tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan rumah Allah ini, jangan kata saya tak mengingatkan…kita semua mengingati sesama sendiri,” titah baginda.

 

 

 

 

Leave a Reply