Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITARosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun, denda RM970 juta

Rosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun, denda RM970 juta

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda sebanyak RM970 juta selepas disabit bersalah atas ketiga-tiga tuduhan dalam kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan bagaimanapun membenarkan permohonan peguam agar hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan.

Hakim juga membenarkan ikat jamin RM2 juta yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Rosmah, 70, didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments