Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPolis klasifikasi kes lelaki mati dikelar, mati mengejut

Polis klasifikasi kes lelaki mati dikelar, mati mengejut

DUNGUN, 1 Sept – Susulan kes seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di ladang kelapa sawit Felda Kerteh 6, Isnin lalu.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, ia susulan penemuan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan sebatang pemotong kelapa sawit, kira-kira 650 meter dari lokasi mangsa ditemukan mati.

“Motosikal yang dinaiki mangsa tersebut ditemukan pada Selasa lalu oleh polis dalam posisi terbalik dan terdapat kesan tayar tergelincir di atas tanah yang berbukit dan tidak rata.

“Terdapat juga kesan darah pada sabit pemotong kelapa sawit dan kita percaya mangsa mungkin terjatuh dengan motosikal sebelum terkena mata sabit berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baharudin berkata, siasatan lanjut turut menemukan kesan tompokan darah dari lokasi motosikal ke arah mangsa ditemukan terbaring.

“Kita telah bawa sabit yang ada kesan tompokan darah berkenaan ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut dan setakat ini kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

“Hasil bedah siasat juga mendapati mangsa telah mati akibat kesan hirisan pada leher,” katanya.

Baharudin berkata, mayat lelaki tersebut telah dituntut ahli keluarga dan telah selamat dikebumikan semalam.  Akhbar Selasa lalu melaporkan mayat Mohd Nazri Razali, 42, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pengurus ladang kira-kira 6.50 petang, pada Isnin.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments