Friday, October 4, 2024
HomeBERITA'Tolong jadi lebih belas ihsan, berperikemanusian' - Rosmah Mansor

‘Tolong jadi lebih belas ihsan, berperikemanusian’ – Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR,  Sept – Di Mahkamah Tinggi hari ini, Datin Seri Rosmah Mansor menangis ketika memohon kepada mahkamah agar bersikap belas ihsan dan lebih berperikemanusian dalam menentukan hukuman terhadapnya.

Dalam nada sebak, Datin Seri Rosmah menyatakan bahawa beliau tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang dari mana-mana pihak.

“Tolong jadi lebih belas ihsan, jadi lebih berperikemanusiaan. Jika ini boleh berlaku kepada saya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan.

“Mereka telah lakukannya (hukum) kepada suami saya agar kami menanggung sengsara.

“Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita kini yang terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong jadi lebih berperikemanusiaan,” ujarnya dalam nada sebak.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini mendapati Rosmah, 70, bersalah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments