Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITARangkaian 5G mampu lonjak daya saing ekonomi Malaysia - Ismail Sabri

Rangkaian 5G mampu lonjak daya saing ekonomi Malaysia – Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaruh keyakinan rangkaian 5G mampu melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri.

Keyakinan itu dinyatakan Ismail Sabri semasa menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ericsson, Borje Ekholm di Putrajaya hari ini, yang tertumpu kepada perbincangan status terkini pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan rangkaian 5G mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G.

“Saya berharap pelaksanaan rangkaian 5G mampu memberi impak positif terhadap liputan komunikasi kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, pada pertemuan itu, Ericsson turut menyatakan komitmen untuk terus mempergiatkan aktiviti dan pelaburan di Malaysia setelah 57 tahun bertapak di negara ini.

Yang pasti pembangunan teknologi komunikasi 5G memang ditunggu ramai. Tambahan pula
hampir kesemua jenama peranti di pasaran menunjukkan minat menyokong teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima ini.

Maka tidak hairanlah, apabila Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan lebih 12 jenama peranti yang telah menyokong teknologi ini antaranya, Apple, Samsung, Motorola, Asis, Xiaomi, Huawei, Oppo, Nokia, Honor dan beberapa jenama gajet pintar yang berada di pasaran.

Keterujaan ramai menanti liputan teknologi 5G ini bakal menyaksikan negara akan memiliki
kemudahan kelajuan internet yang maksimum, keupayaan mengubah fungsi teknologi mudah alih
bagi memudahkan segala urusan komunikasi yang merupakan lanjutan daripada generasi 1G hingga
4G.

Menyokong kepada fakta yang dinyatakan, berdasarkan demonstrasi yang dilakukan TM di
Langkawi, kelajuan 5G yang boleh dicapai mencecah 1.5GB sesaat.

Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan
tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan
sambungan yang lebih berkualiti.

Berdasarkan demonstrasi yang dibuat TM di Langkawi, kadar kelajuan maksimum yang berjaya
dicapai mencatatkan lebih 1.5GB sesaat untuk muat turun data.

Ini bermakna pengguna hanya memerlukan masa beberapa saat menyiapkan muat turun filem
kegemaran pada kualiti ‘High Definition’ (HD).

Kalau sebelum ini, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat,
melalui teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat.

Kadar lengahan ini membolehkan kawalan peranti pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu.–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments