Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS idea Perdana Menteri

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS idea Perdana Menteri

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS dibangunkan sebagai salah satu usaha proaktif kerajaan bagi mempersiapkan kemudahan kesihatan menghadapi penularan wabak COVID-19.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan mengatakan pembangunan pusat terbabit merupakan idea Perdana Menteri sendiri dan pembangunannya dengan pantas telah dilaksanakan dalam tempoh tiga hari sahaja melalui kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta lain-lain agensi kerajaan.

“Buat masa ini, hospital dan lain-lain kemudahan seperti institut latihan KKM serta lain-lain kemudahan yang telah dikenalpasti masih dapat menampung jumlah pesakit yang kian meningkat.

“Pihak kerajaan sentiasa memandang ke hadapan dengan segala kemungkinan yang berlaku maka persiapan yang dilakukan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS merupakan kesiapsiagaan bagi memenuhi keperluan jika berlakunya mitigasi dalam menghadapi penularan wabak COVID-19,” ujar beliau.

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID19 Berisiko Rendah MAEPS ini dibangunkan sebagai salah satu usaha proaktif kerajaan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 04 April 2020

Menurutnya lagi, pusat kuarantin berkenaan dapat menampung kira kira seramai 604 pesakit yang mana akan ditempatkan di Dewan A seramai 400 orang dan Dewan C seramai 204 orang.

“Hanya pesakit COVID-19 yang stabil, yang tidak mempunyai gejala atau bergejala ringan sahaja (stable asymptomatic and mild) akan ditempatkan di sana.

“Manakala pesakit dari sekitar Lembah Klang dan jika perlu dari Negeri Sembilan atau Perak juga boleh dipindahkan ke Pusat tersebut bagi meneruskan rawatan dan pemerhatian (step-down care) sehingga pesakit sembuh sepenuhnya,” katanya.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments