Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAPelarasan waktu operasi Pasar Borong Negeri Perak bermula 6 April

Pelarasan waktu operasi Pasar Borong Negeri Perak bermula 6 April

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan memaklumkan perubahan waktu operasi Pasar Borong dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa kedua.

Menurut beliau, kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kekangan yang sedang dihadapi oleh komuniti perniagaan dan para pemain industri sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan negeri telah meneliti semula waktu operasi pasar borong dan menetapkan waktu operasi pasar borong di negeri Perak sepanjang tempoh PKP Fasa Kedua berkuatkuasa mulai 6 April 2020 (Isnin),” ujar beliau.

Berikut merupakan waktu operasi Pasar Borong negeri Perak:

1. 4.00 pagi sehingga 10.00 pagi – Operasi Barang Basah

2. 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi – Ditutup Untuk Pembersihan

3. 11.00 pagi sehingga 4.00 petang – Operasi Sayuran dan Buah-buahan

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments