Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAKKM lakukan persiapan rapi dan teliti hadapi cabaran COVID-19

KKM lakukan persiapan rapi dan teliti hadapi cabaran COVID-19

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memuatnaik perkongsian persediaan yang telah dilakukan oleh KKM bagi menghadapi penularan jangkitan tersebut.

Antara kesiapsiagaan yang dilakukan oleh pihak KKM bagi menangani wabak COVID-19 ini adalah dengan menambah sumber tenaga.

Malah kini mereka sedang mencari sukarelawan dan juga menawarkan pelantikan kembali anggota kesihatan yang bersara dan pakar daripada hospital swasta secara kontrak.

Selain itu, mereka turut menambah peralatan kegunaan pihak berkuasa antaranya ventilator, kit ujian, PPE seperti menutup mulut dan hidung.

Kesemua peralatan itu merupakan sumbangan orang ramai dan dari pihak berkuasa.

Seterusnya, pihak KKM turut meningkatkan kapasiti perkhidmatan mereka antaranya memperbanyakkan pusat saringan, menambah pusat kuarantin, mempertingkatkan hospital bagi merawat kes positif COVID-19, hospital lapangan dan menambah bilangan katil.

Persediaan yang telah dilakukan oleh KKM bagi menghadapi penularan jangkitan #COVID19 KEMENTERIAN KESIHATAN…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu, 04 April 2020

Kementerian terbabit juga melaksanakan program pengurangan risiko di kawasan zon merah, zon jingga dan zon hijau.

Selain itu, KKM juga telah melakukan saringan berskala besar dan lebih memberikan tumpuan kepada golongan yabg berisiko.

Yang terakhir, KKM turut berkolaborasi bersama pelbagai agensi dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan dan turut mengemaskini maklumat menerusi pelbagai saluran media.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments