Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAVideo muzik Canggung kini raih 1 juta tontonan!

Video muzik Canggung kini raih 1 juta tontonan!

Video muzik Canggung berjaya meraih 1 juta jumlah tontonan di Youtube!

FMC Music menerusi laman sosial Instagram @fmcmusic menzahirkan kegembiraan atas pencapaian berkenaan.

“Alhamdulillah, 1 juta tontonan guys, teruskan support kami… ☺️☺️☺️☺️☺️”

Video muzik berdurasi 3 minit 24 saat nyanyian Wany Hasrita mula dilancarkan pada 27 Mac yang lalu, tepat jam 8.00 malam di platform YouTube FMC Music.

Canggung merupakan lagu kedua ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong setelah kejayaan single duet bersama Dato’ Jamal Abdillah, Belenggu Rindu.

Untuk rekod video muzik Belenggu Rindu kini mencapai 11 juta tontonan di Youtube.

Tahniah buat Wany Hasrita dan team!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments