Monday, May 20, 2024
HomeBERITAOrang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang hadir ke perhimpunan...

Orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang hadir ke perhimpunan Seri Petaling diseru hubungi PKD

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan kebanyakan kes positif yang dikesan adalah berkait rapat dengan mereka yang menghadiri perhimpunan di Seri Petaling iaitu 1,545 kes daripada 3,483 kes keseluruhan atau 44.36%.

Memetik perkongsian beliau di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kluster ini merupakan kluster yang terbesar setakat ini dan telah mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan, misalnya melibatkan ahli keluarga, kontak rapat di masjid dan juga madrasah tahfiz.

#COVID19Malaysia Sehingga 4 April, kebanyakan kes positif yang dikesan adalah berkait dengan mereka yang menghadiri…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 04 April 2020

“KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengenalpasti dan menguji semua kontak rapat dalam kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini,” ujar beliau.

Beliau turut menyeru orang awam agar menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk mendapatkan dan melalui proses saringin sekiranya menghadiri atau mempunyai kontak rapat dengan mereka yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments