Kerajaan Negeri Terengganu memaklumkan bahawa seluruh Pasar Awam dan Pasar Borong Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus akan ditutup sementara pada 10 April ini.
Peniaga diarahkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti jualan pada hari berkenaan bagi memberi ruang kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi disinfeksi.
Warga bandaraya disarankan untuk merancang pembelian barang basah dan barang keperluan lebih awal daripada tarikh penutupan.
NOTIS PENUTUPAN PASAR AWAM DAN PASAR BORONG 10 APRIL 2020 (JUMAAT)
Dikirim oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada Sabtu, 04 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply