Sunday, June 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 90 pulih, 179 kes baharu, 4 kematian direkodkan

COVID-19 : 90 pulih, 179 kes baharu, 4 kematian direkodkan

Berhubung perkembangan terkini COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham memberitahu 90 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (5 April 2020).

Ini menjadikan kes kumulatif pulih dan discaj daripada wad adalah sejumlah 1,005.

Manakala 179 kes baharu telah direkodkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 3,662 kes.

Status COVID-19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 05 April 2020.Keseluruhan kes positif 3,662 dengan 27.27.% telah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 05 April 2020

Kira-kira 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 48 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat empat kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara setakat ini sebanyak 61 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noorhisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 05 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments