Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 petang hari ini (05 April) direkodkan seramai 4 orang.
Menurut rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keempat-empat mangsa warga emas berjantina lelaki.
Dua daripada mereka direkodkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.
Seorang mangsa berumur 53 tahun, manakala seorang lagi berumur 72 tahun serta mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
Difahamkan mangsa mempunyai kontak rapat dengan mangsa kes ke 1031.
Mangsa ketiga pula berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Keningau, Sabah.
Manakala mangsa keempat merupakan pesakit kencing manis berusia 68 tahun dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Al- Fatihah.
Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang, 05 April 2020 adalah seramai 4 orang.Ini menjadikan jumlah…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 05 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply