Friday, July 26, 2024
HomeBERITAPRU-15: Tok Mat Hasan berdepan saingan 5 penjuru

PRU-15: Tok Mat Hasan berdepan saingan 5 penjuru

REMBAU, 5 NOVEMBER – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berdepan saingan lima penjuru dalam usaha beliau mempertahan kerusi Parlimen Rembau yang disandang Khairy Jamaluddin dari Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

 Laungan ‘Hidup Tok Mat’ bergema mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan yang tiba di Dewan Seri Rembau pada jam 8.50 pagi.

Ibarat lautan biru dianggarkan seramai 1000 penyokong hadir. Beliau hadir ditemani isterinya Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.

 

Mohamat Hasan atau lebih mesra disapa Tok Mat, akan berdepan saingan daripada calon Pakatan Harapan (PH) yang juga tokoh belia, Jufitri Joha.

Turut menyertai saingan di Parlimen P.131 Mohd. Nazree Mohd. Yunus dari Perikatan Nasional (PN), Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tampil dengan calonnya, S. Tinagaran.


Untuk rekod penyandang Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Rembau tiga kali berturut-turut.

Pada PRU14, Khairy Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperoleh 36,096 undi.–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments