Saturday, July 13, 2024
HomeBERITANoh Omar akan jelaskan punca tiada kerusi hari ini

Noh Omar akan jelaskan punca tiada kerusi hari ini

SHAH ALAM, 4 Oktober – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar akan menjelaskan berkenaan isu dirinya tidak tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata demikian kepada media selepas majlis pengenalan calon di Tanjong Karang.

Katanya, beliau bersifat terbuka dan tidak mempunyai sengketa dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen itu.

“Presiden BN (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid) bagi tempoh dua hari (selepas pengumuman calon BN sebelum ini) dan akan memanggil saya untuk berbincang mengenai calon di Tanjong Karang.

“Saya tunggu dari pagi sampai malam (hari ini) WhatsApp pun presiden parti tiada respon dan mungkin sibuk. Saya hanya tahu menerusi media sosial (mengenai kenyataan tidak tersenarai itu),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, nama beliau pada awalnya telah diluluskan oleh Top 5 UMNO.

Bagaimanapun, beliau pelik apabila tidak dipanggil bersama nama-nama calon lain yang telah diluluskan untuk menandatangani perjanjian di ibu pejabat UMNO di WTC Kuala Lumpur.

“Ketua cawangan-cawangan datang ke rumah saya dan meminta saya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dikekalkan sebagai calon.

“Ini berdasarkan fakta, saya satu-satunya Ahli Majlis Tertinggi dari Selangor yang menang bertanding, manakala lainnya dilantik selain merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan satu-satunya Ahli Parlimen di Selangor yang menang dalam PRU14 serta menteri dari negeri ini,” katanya.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments