Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAShahidan lawan Rozabil di Arau

Shahidan lawan Rozabil di Arau

Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau mengesahkan akan bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.

Shahidan telah menerima ‘restu’ daripada PN pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan sekali gus bakal menjadi sandaran membantu gabungan tersebut menang Parlimen Arau dan keseluruhan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.

Shahidan yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau akan lawan habis-habisan calon BN, Datuk Rozabil Abd. Rahman di Parlimen berkenaan.

“Bukan sahaja penyokong Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), saya nak UMNO juga sokong saya. Semua gerakan di Arau saya yang atur selama ini daripada A sampai Z.

“Tiba-tiba tolak macam itu sahaja (calon) ambil pula bukan jawatankuasa bahagian, orang luar. Di Arau ini akan menjadi model Muafakat Nasional. Insya-Allah selain Parlimen Arau, empat kerusi DUN dalam tangan dan satu lagi DUN tunggu,” katanya di sini hari ini.

BN kelmarin menggugurkan nama Shahidan untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mengumumkan Rozabil sebagai pengganti calon di kawasan itu.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments