Mengisi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan sebelum dibenarkan memasuki sesebuah premis perniagaan merupakan tindakan yang dilarang sama sekali.
Ini kerana maklumat peribadi diri individu adalah tertakluk dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.
Justeru bagi mengelakkan berlakunya sebarang penyalahgunaan maklumat peribadi, setiap premis perniagaan dilarang berbuat demikian tanpa kebenaran.
Malah mana-mana premis yang mengambil data peribadi seperti nombor kad pengenalan dan dikongsi oleh orang lain boleh dikenakan hukuman serta tindakan undang-undang.
Sehubungan itu, jika terdapat butiran peribadi disalahgunakan oleh pemilik perniagaan, individu terbabit boleh membuat laporan kepada pihak polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
SIARAN LANGSUNG SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN…
Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Rabu, 20 Mei 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply