PKPD di kawasan Pasar Jalan Othman tamat esok

0

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor yang dilaksanakan pada 10 Mei lalu akan ditamatkan mulai esok (22 Mei 2020).

Kerajaan memutuskan untuk menamatkan kawalan setelah hampir dua minggu PKPD dijalankan dan didapati kawasan terbabit bebas jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Jalan Othman merupakan PKPD yang terakhir dilaksanakan dan buat masa ini tiada lagi PKPD baru yang akan dikuatkuasa.

Bahkan, PKP yang masih beroperasi hanyalah secara pentadbiran sahaja seperti di Pasar Pudu tetapi tiada lagi PKPD yang di lockdown sepenuhnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply