Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAPolis siasat Hadi Awang

Polis siasat Hadi Awang

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Polis Bukit Aman akan memanggil Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan beliau yang berbaur perkauman berkaitan isu rasuah, baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata Tan Sri Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman untuk direkodkan keterangan dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, ia susulan siasatan dijalankan pihaknya berhubung 28 laporan polis yang diterima terhadap Ahli Parlimen Marang itu setakat ini.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Tan Sri Abdul Hadi dalam satu kenyataan pada minggu lalu, berkata memilih pemimpin yang tidak berintegriti dan mengamalkan rasuah adalah suatu bentuk perbuatan khianat yang akan menghancurkan negara serta dunia

Katanya, pemimpin yang tidak berintegriti akan menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments