Kerajaan wilayah dan badan meteorologi Pakistan memberi amaran bahawa air Sungai Swat dan Indus berpotensi melimpah.
Ia sekali gus mencetuskan lebih banyak kejadian banjir kilat yang menjejaskan penduduk tempatan.
Kerajaan wilayah Khyber Pakhtunkhwa telah mengisytiharkan darurat hujan di beberapa daerah di wilayah itu sehingga 30 Ogos ini.
Lapor agensi berita Dawn, badan pengurusan bencana wilayah tersebut pula memberi amaran bahawa Sungai Swat mungkin menyebabkan banjir yang sangat buruk.
Banjir di Pakistan telah menjejaskan lebih 30 juta orang dengan wilayah Balochistan dan Sindh paling teruk terjejas.
Just IN:— Floods wreaking havoc in Pakistan; 40+ small dams breached. 210+ bridges collapsed; 1,115 people dead. 10M people displaced. pic.twitter.com/z0H2yYhXoq
— South Asia Index (@SouthAsiaIndex) August 27, 2022
Selain itu, wilayah Khyber Pakhtunkhwa telah merekodkan 251 kematian akibat bencana itu sejak Jun lalu.
Pada Jumaat lalu, 12 orang maut dalam banjir kilat di beberapa bahagian di Sungai Swat. Sungai itu telah melimpah dan membawa kepada banjir yang menghanyutkan sekurang-kurangnya 24 jambatan dan 50 buah hotel.
Angka kematian akibat banjir monsun di Pakistan sejak Jun lalu mencecah 1,033 orang, demikian menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA).
Just IN:— Flash floods wreak havoc in Pakistan; 4.6 million people affected: 300,000 homeless; over 1000 dead. 90% crops in sindh province ravaged. pic.twitter.com/Y56DAcy6JM
— South Asia Index (@SouthAsiaIndex) August 26, 2022
NDMA berkata, 119 maut dalam tempoh 24 jam sebelum ini ketika hujan lebat terus melanda beberapa wilayah di Pakistan.
Menurut pegawai, banjir monsun tahun ini telah menjejaskan lebih 33 juta orang dengan nisbah satu daripada tujuh rakyat Pakistan. Ia memusnahkan atau merosakkan hampir sejuta rumah dengan teruk.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply