Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPN sedia hadapi pertembungan tiga penjuru pada PRU-15

PN sedia hadapi pertembungan tiga penjuru pada PRU-15

KAJANG, 28 Ogos – Perikatan Nasional (PN) bersedia hadapi pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya ke 15 yang dijangka diumumkan pada bila-bila masa.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Radzi Jidin mesej disampaikan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam jelas menunjukkan politik adalah dinamik dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Macam mana kita nak laksanakan itu, kalau tiga penjuru, tiga, kalau dua, dua. Kalau tiga penjuru sekalipun kami PN bersedia pada bila-bila masa. Lihat sokongan dan dokongan kemudian usahakan yang terbaik,” katanya dalam sidang media pada Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pendidikan memberi reaksi itu ketika ditanya persediaan PN dalam berdepan saingan dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) sebagai mengulas mesej disampaikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Konvensyen Perikatan Nasional (PN) 2022 semalam.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin menggesa semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan Perikatan Nasional (PN), jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah Barisan Nasional (BN).

Katanya, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini, khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments