Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPM seronok tengok wajah warga KEMAS

PM seronok tengok wajah warga KEMAS

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sudah lama tidak berasa seronok seperti ketika hadir Majlis Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Malah, kata beliau, segala masalah ibarat hilang ketika bertemu kira-kira 7,000 warga KEMAS yang berhimpun pada majlis berkenaan.

“Sudah lama saya tak seronok macam hari ini, macam-macam masalah yang timbul, hari ini hilang semua masalah. Sebenarnya saya dah lama merindui untuk bersama-sama warga KEMAS seperti suatu ketika dahulu.

“Agak lama saya bersama warga KEMAS, yang saya kira sebagai barisan hadapan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Dato’ Seri Ismail Sabri berkata, ketika beliau Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mulai 29 Julai 2015 hingga 7 April 2018, setiap program dihadirinya mengundang suasana atau ‘mood’ ceria.

Katanya, keceriaan itu ditambah dengan kehadiran kanak-kanak Tabika KEMAS pada setiap program anjuran jabatan itu.

“Ketika saya di KKLW atau di mana-mana, setiap program saya akan disambut kanak-kanak. Walaupun pagi ‘mood’ tak baik, bila ada kanak-kanak, selesai masalah dan program bertukar meriah.

“Cuma dari segi sejarahnya, suatu ketika KEMAS hilang daripada pandangan mata masyarakat. Kita tahu kenapa, ada orang diberi amaran, pilih antara dua, nak ‘berkemas’ keluar atau nak tinggal dalam KEMAS.

“Kalau nak dalam KEMAS, kena keluar daripada menjadi ahli politik tertentu,” katanya sambil memberi jaminan, perkara itu tidak akan berulang lagi.

“Itu dahulu, sekarang saya nak KEMAS jangan lagi risau kerana saya difahamkan, sudah diberi ruang untuk berpolitik semula,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments