Friday, July 19, 2024
HomeBERITAZahid salam Ismail Sabri sebelum mesyuarat MKT UMNO malam ini

Zahid salam Ismail Sabri sebelum mesyuarat MKT UMNO malam ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Heboh di media sosial mengatakan isu pemecatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Naib Presiden UMNO akan dibincangkan di mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini.

Susulan itu, ada pula khabar angin kononnya Dato’ Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO  hadir ke mesyuarat MKT UMNO malam ini diiringi oleh kereta perisai, polis dan komando.

The Malaya Post telah dapatkan pengesahan daripada individu berkenaan mengenai perkara itu.

Menurut sumber, foto yang disebarkan itu adalah palsu.

Berikut adalah foto yang sebenar.

Menurut sumber lagi, berita pemecatan sebagai Naib Presiden UMNO juga tidak benar.

Sebaliknya Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi turut bersalaman sebelum  mesyuarat MKT UMNO bermula.

Perdana Menteri hadir pada MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan Twitternya berkata, mesyuarat itu bermula pada jam 8.30 malam dan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dato’ Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tidak hadir ke sesi Taklimat Khas Presiden UMNO pada petang tadi kerana menghadiri program di Pahang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments