Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPolis sahkan Tangmo Nida mati lemas

Polis sahkan Tangmo Nida mati lemas

Misteri kematian pelakon Tangmo Nida terjawab apabila polis mengesahkan pelakon itu meninggal dunia akibat lemas.

Memetik laporan Thai PBS World, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit, Nida mengalami luka dalam pada kaki kiri mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada pelakon itu terjatuh dari bot, atau ditolak.

Beliau turut mendedahkan polis meneliti kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan Nida.

“Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yang mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal dan menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk analisis forensik,” katanya.

Berhubung luka dan lebam yang ditemui pada lengan dan bahu salah seorang daripada lima rakan Nida di dalam bot bersamanya, dikenali sebagai Job, doktor yang menjalankan pemeriksaan memberitahu media bahawa ia berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan bukan disebabkan cakaran kuku jari.

Jirapat berkata bahawa penyiasat polis sudah memeriksa sistem navigasi GPS pada bot dan mendapatkan butiran perjalanan kapal termasuk kelajuan pelayarannya pada malam tragedi Khamis minggu lalu itu.

Pakar forensik, Prof Madya Dr Werasak Charaschaisri memberitahu PBS Thai bahawa luka dalam pada kaki mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi masih belum didedahkan sama ada luka itu, sebelum atau selepas bedah siasat.

Mengenai pasir yang terdapat di dalam paru-paru Nida, Dr Werasak menjelaskan dia masih bernafas ketika terjatuh ke dalam sungai.

Katanya, ia kerana pasir boleh masuk ke dalam paru-paru ketika lemas, dan arus di Sungai Chao Phraya menyebabkan pasir boleh terampai di dalam air.

Oleh itu, mangsa tidak perlu tenggelam ke dasar sungai untuk pasir masuk ke dalam paru-parunya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments